Monday, December 19, 2011
Dialog Nabi Muhammad S.A.W dengan Iblis
Thursday, November 3, 2011
Kisah Rasullullah S.A.W Sebagai Pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasullullah S.A.W menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga'
3) Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
Wednesday, October 19, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 13)
Assalammualaikum wbt..
Sinar terang-benderang yang memancar di hadapannya dan kebenaran yang telah menunjukkan jalan kepadanya itu, ialah Yang Tunggal Maha Esa. Tetapi siapakah yang telah memberi peringatan tentang itu, dan bahawa Dia yang menciptakan manusia dan bahawa Dia Yang Maha Pemurah, yang mengajarkan kepada manusia dengan pena, mengajarkan apa yang belum diketahuinya?
Ia memasuki pergunungan itu masih dalam ketakutan, masih bertanya-tanya. Tiba-tiba ia mendengar ada suara memanggilnya. Dahsyat sekali terasa. Ia melihat ke permukaan langit. Tiba-tiba yang terlihat adalah malaikat dalam bentuk manusia. Dialah yang memanggilnya. Ia makin ketakutan sehingga tertegun ia di tempatnya. Ia memalingkan muka dari yang dilihatnya itu. Tetapi dia masih juga melihatnya di seluruh ufuk langit. Sebentar melangkah maju ia, sebentar mundur, tapi rupa malaikat yang sangat indah itu tidak juga lalu dari depannya. Seketika lamanya ia dalam keadaan demikian. Dalam pada itu Khadijah telah mengutus orang mencarinya ke dalam gua tapi tidak menjumpainya.
Monday, October 17, 2011
Azab bagi wanita
Renungan, khususnya untuk para wanita serta diriku dan dirimu.
Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasullullah S.A.W menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasullullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya.
Thursday, June 23, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 12)
Assalammualaikum wbt..
Tahun telah berganti tahun dan kini telah tiba pula bulan Ramadan. Ia pergi ke Hira', ia kembali bermenung, sedikit demi sedikit ia bertambah matang, jiwanya pun semakin penuh. Sesudah beberapa tahun jiwa yang terbawa oleh Kebenaran Tertinggi itu dalam tidurnya bertemu dengan mimpi hakiki yang memancarkan cahaya kebenaran yang selama ini dicarinya. Bersamaan dengan itu pula dilihatnya hidup yang sia-sia, hidup tipu-daya dengan segala macam kemewahan yang tiada berguna.
Ketika itulah ia percaya bahawa masyarakatnya telah sesat dari jalan yang benar, dan hidup kerohanian mereka telah rosak kerana tunduk kepada khayal berhala-berhala serta kepercayaan-kepercayaan semacamnya yang tidak kurang pula sesatnya. Semua yang sudah pernah disebutkan oleh kaum Yahudi dan kaum Nasrani tak dapat menolong mereka dari kesesatan itu. Apa yang disebutkan mereka itu masing-masing memang benar; tapi masih mengandungi bermacam-macam tahyul dan pelbagai macam cara paganisma, yang tidak mungkin sejalan dengan kebenaran sejati, kebenaran mutlak yang sederhana, tidak mengenal segala macam spekulasi perdebatan kosong, yang menjadi pusat perhatian kedua golongan Ahli Kitab itu. Dan Kebenaran itu ialah Allah S.W.T, Khalik seluruh alam, tak ada Tuhan selain Dia. Kebenaran itu ialah Allah Pemelihara semesta alam. Dialah Maha Rahman dan Maha Rahim. Kebenaran itu ialah bahawa manusia dinilai berdasarkan perbuatannya. "Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat atom pun akan dilihatNya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat atom pun akan dilihatNya pula." (Qur'an, 99:7-8) Dan bahawa syurga itu benar adanya dan neraka pun benar adanya. Mereka yang menyembah Tuhan selain Allah S.W.T mereka itulah menghuni neraka, tempat tinggal dan kediaman yang paling durhaka.
Tuesday, May 17, 2011
Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Saturday, May 14, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 11)
Saturday, May 7, 2011
Gambaran Hari Kiamat
Assalammualaikum wbt..
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Wednesday, May 4, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 10)
Usman bin'l-Huwairith, yang masih berkerabat dengan Khadijah, pergi ke Rumawi Timur dan memeluk agama Nasrani. Ia mendapat kedudukan yang baik pada Kaisar Rumawi itu. Disebutkan juga, bahawa ia mengharapkan Mekah akan berada di bawah kekuasaan Rumawi dan dia berambisi ingin menjadi Gabenornya. Tetapi penduduk Mekah mengusirnya. Ia pergi minta perlindungan Banu Ghassan di Syam. Ia bermaksud memotong perdagangan ke Mekah. Tetapi hadiah-hadiah penduduk Mekah sampai juga kepada Banu Ghassan. Akhirnya ia mati di tempat itu kerana diracun.
Saturday, April 23, 2011
Kalau Tuhan itu baik, kenapa buat neraka?
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Thursday, April 21, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 9)
Sunday, April 10, 2011
Balasan tidak solat..
Assalammualaikum wbt..
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasullullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasullullah S.A.W melihat pemuda itu menangis maka Baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasullullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Saturday, April 9, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W. (Part 8)
Tuesday, April 5, 2011
Kisah orang yang baru memeluk agama Islam
Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.
Thursday, March 31, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 7)
Catatan kaki:
[3] Al-Mu'allaqat nama yang diberikan kepada tujuh buah kumpulan puisi Arab pra Islam yang dianggap terbaik, oleh tujuh penyair: Imr'l-Qais, Tarafa, Zuhair, Labid, 'Antara, 'Amr ibn Kulthum dan Harith ibn Hilizza. Mu'allaqat berarti 'yang digantungkan' yakni sajak-sajak yang ditulis dengan tinta emas (almudhahhab) di atas kain lina (A).
Tuesday, March 29, 2011
Empat golongan lelaki ke neraka
Assalammualaikum wbt..
Pertama:- 'Ayahnya'
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Saturday, March 26, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 6)
Dengan kejujuran dan kemampuannya ternyata Muhammad mampu benar memperdagangkan barang-barang Khadijah, dengan cara perdagangan yang lebih banyak menguntungkan daripada yang dilakukan orang lain sebelumnya. Demikian juga dengan karekter yang manis dan perasaannya yang luhur ia dapat menarik kecintaan dan penghormatan Maisara kepadanya. Setelah tiba waktunya mereka akan kembali, mereka membeli segala barang dagangan dari Syam yang kira-kira akan disukai oleh Khadijah.
Sunday, March 20, 2011
Bermalam di katil seorang lelaki
Assalammualaikum wbt..
Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa, lengang, sepi!
Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.
Saturday, March 19, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 5)
Kerana itu ia terhindar dari cacat. Yang sangat terasa benar nikmatnya, ialah bila ia sedang berfikir atau merenung. Dan kehidupan berfikir dan merenung serta kesenangan bekerja sekadarnya seperti menggembalakan kambing, bukanlah suatu cara hidup yang membawa kekayaan berlimpah-limpah baginya. Dan memang tidak pernah Muhammad mempedulikan hal itu. Dalam hidupnya ia memang menjauhkan diri dari segala pengaruh materi. Apa gunanya ia mengejar itu padahal sudah menjadi bawaannya ia tidak pernah tertarik? Yang diperlukannya dalam hidup ini asal dia masih dapat menyambung hidupnya.
Friday, March 18, 2011
Jangan menipu Allah S.W.T dengan tudung
Assalammualaikum wbt..
Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.
Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung di waktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.
Thursday, March 17, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 4)
Kenangan yang memilukan hati ini barangkali akan terasa agak meringankan juga sedikit, sekiranya Abd'l-Muttalib masih dapat hidup lebih lama lagi. Tetapi orang tua itu juga meninggal, dalam usia lapanpuluh tahun, sedang Muhammad waktu itu baru berumur lapan tahun. Sekali lagi Muhammad dirundung kesedihan kerana kematian datuknya itu, seperti yang sudah dialaminya ketika ibunya meninggal. Begitu sedihnya dia, sehingga selalu ia menangis sambil mengantarkan keranda jenazah sampai ke tempat peraduan terakhir.
Bahkan sesudah itupun ia masih tetap mengenangkannya sekalipun sesudah itu, di bawah asuhan Abu Talib pamannya ia mendapat perhatian dan pemeliharaan yang baik sekali, mendapat perlindungan sampai masa keNabiannya, yang terus demikian sampai pamannya itupun akhirnya meninggal.
Sebenarnya kematian Abd'l-Muttalib ini merupakan pukulan berat bagi keluarga Hasyim semua. Di antara anak-anaknya itu tak ada yang seperti dia iaitu mempunyai keteguhan hati, kewibawaan, pandangan yang tajam, terhormat dan berpengaruh di kalangan Arab semua. Dia menyediakan makanan dan minuman bagi mereka yang datang berziarah, memberikan bantuan kepada penduduk Mekah bila mereka mendapat bencana. Sekarang ternyata tak ada lagi dari anak-anaknya itu yang akan dapat meneruskan. Yang dalam keadaan miskin, tidak mampu melakukan itu, sedang yang kaya hidupnya kikir sekali. Oleh kerana itu maka keluarga Umaya yang lalu tampil ke depan akan mengambil tampuk pimpinan yang memang sejak dulu diinginkan itu, tanpa menghiraukan ancaman yang datang dari pihak keluarga Hasyim.
Wednesday, March 16, 2011
Kisah perlawanan antara seorang lelaki dan iblis
Sunday, March 13, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 3)
Kemudian Abd'l-Muttalib yang bertindak mengasuh cucunya itu. Ia memeliharanya sungguh-sungguh dan mencurahkan segala kasih-sayangnya kepada cucu ini. Biasanya buat orang tua itu - pemimpin seluruh Quraisy dan pemimpin Mekah - diletakkannya hamparan tempat dia duduk di bawah naungan Ka'abah, dan anak-anaknya lalu duduk pula sekeliling hamparan itu sebagai penghormatan kepada orang tua. Tetapi apabila Muhammad yang datang maka didudukkannya ia di sampingnya di atas hamparan itu sambil ia mengelus-ngelus punggungnya. Melihat betapa besarnya rasa cintanya itu paman-paman Muhammad tidak mau membiarkannya di belakang dari tempat mereka duduk itu.
Lebih-lebih lagi kecintaan kakek itu kepada cucunya ketika Aminah kemudian membawa anaknya itu ke Madinah untuk diperkenalkan kepada saudara-saudara kakeknya dari pihak keluarga Najjar.
Saturday, March 12, 2011
Suatu kisah di Kota Mekah
"Aku akan memasuki kota Makkah untuk membersihkannya serta meruntuhkan berhala-berhala yang kamu sembah dengan apa yang kamu panggil Tuhan yang diperbuat daripada batu yang bisu"
Kata Rasullullah S.A.W lagi: "Jika kamu ingin selamat, pergilah kamu bersembunyi di rumah Abu Sufiyan atau kuncilah pintu-pintu rumah kamu atau larilah bersembunyi di celah-celah bukit dana gunung ganang"
Friday, March 11, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 2)
Baik kaum Orientalis mahupun beberapa kalangan kaum Muslimin sendiri tidak merasa puas dengan cerita dua malaikat ini dan menganggap sumber itu lemah sekali. Yang melihat kedua laki-laki (malaikat) dalam cerita penulis-penulis sejarah itu hanya anak-anak yang baru dua tahun lebih sedikit umurnya. Begitu juga umur Muhammad waktu itu. Akan tetapi sumber-sumber itu sependapat bahawa Muhammad tinggal di tengah-tengah keluarga Sa'd itu sampai mencapai usia lima tahun. Andaikata peristiwa itu terjadi ketika ia berusia dua setengah tahun, dan ketika itu Halimah dan suaminya mengembalikannya kepada ibunya, tentulah terdapat kontradiksi dalam dua sumber cerita itu yang tak dapat diterima. Oleh kerana itu beberapa penulis berpendapat, bahawa ia kembali dengan Halimah itu untuk ketiga kalinya.
Thursday, March 10, 2011
Kain kafan daripada Rasullullah S.A.W
Seorang wanita datang kepada Rasullullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasullullah S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasullullah S.A.W. Dengan senang hati Rasullullah S.A.W menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Rasullullah S.A.W keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Rasullullah S.A.W, lau berkata, "Wahai Rasullullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.
"Baiklah," jawab Rasullullah S.A.W ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis, Rasullullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. "Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasullullah S.A.W. Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Rasullullah S.A.W kerana itu dipakainya, tetapi Rasullullah S.A.W tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasullullah S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."
(Kredit kepada cumihani dari syok.org)
Wednesday, March 9, 2011
Kisah Nabi Muhammad S.A.W (Part 1)
Usia Abd'l-Muttalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih tatkala Abraha mencuba menyerang Mekah dan menghancurkan Rumah Purba. Ketika itu umur Abdullah anaknya sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikahwinkan. Pilihan Abd'l-Muttalib jatuh kepada Aminah bint Wahb bin Abd Manaf bin Zuhra, pemimpin suku Zuhra ketika itu yang sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat. Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. Ia dengan anaknya menemui Wahb dan melamar puterinya. Sebagian penulis sejarah berpendapat, bahawa ia pergi menemui Uhyab, paman Aminah, sebab waktu itu ayahnya sudah meninggal dan dia di bawah asuhan pamannya. Pada hari perkahwinan Abdullah dengan Aminah itu, Abd'l-Muttalib juga berkahwin dengan Hala, puteri pamannya. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, paman Nabi dan yang seusia dengan dia.
Tuesday, March 8, 2011
Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik
Assalammualaikum wbt..
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.
Rasullullah S.A.W bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
(Kredit kepada cumihani dari syok.org)
Monday, March 7, 2011
Kisah Nabi Isa A.S
Narasi Qur'an tentang Isa dimulai dari kelahiran Maryam sebagai puteri dari Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya dalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya. Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah.
Isa (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) (QS Ali Imran: 45)
Cerita tentang Isa kemudian berlanjut dengan pengangkatannya sebagai utusan Allah S.W.T, penolakan oleh Bani Israil dan berakhir dengan pengangkatannya ke syurga.
(Sumber Asal: http://rasulullahsaw.atwiki.com/page/NABI%20ISA%20A.S. )
Sunday, March 6, 2011
Doa Rasullullah S.A.W
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa: "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasullullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasullullah S.A.W. Kemudian Rasullullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai baginda berdoa maka Rasullullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh A.S). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak)."
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya?
(Kredit kepada cumihani dari syok.org)
Saturday, March 5, 2011
Kisah Nabi Yahya A.S
Friday, March 4, 2011
Di saat aku ditalkinkan
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh, nafasku sesak.
Thursday, March 3, 2011
Kisah Nabi Zakaria A.S
Wednesday, March 2, 2011
Kisah malaikat Jibrail dan malaikat Mikail menangis
Tuesday, March 1, 2011
Kisah Nabi Yunus A.S
Monday, February 28, 2011
Nama-nama syaitan dan tugasnya
Assalammualaikum wbt..
Peringatan untuk kita setiap hari di mana syaitan-syaitan ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin /muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya’Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
Sunday, February 27, 2011
Kisah Nabi Ilyasa A.S
Ketika Ilyas bersembunyi di rumahnya, Ilyasa masih seorang belia. Saat itu ia tengah menderita sakit. Ilyas membantu menyembuhkan penyakitnya. Setelah sembuh, Ilyasa pun menjadi sahabat Ilyas yang selalu mendampingi untuk menyeru ke jalan kebaikan. Ilyasa melanjutkan tugas tersebut begitu Ilyas meninggal.