Assalammualaikum wbt..
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, maka Allah menciptakan sangkakala lalu diserahkan kepada malaikat Israfil. Malaikat Israfil meletakkannya di mulut sambil melihat Arasy dan menantikan perintah Allah."
Tanya Abu Hurairah: "Wahai Rasulullah, apakah yg dikatakan sangkakala itu?" Jawab Rasulullah: "Sangkakala itu bentuknya seperti tanduk dari cahaya dan besarnya, demi Allah yang mengutuskan aku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi."
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, maka Allah menciptakan sangkakala lalu diserahkan kepada malaikat Israfil. Malaikat Israfil meletakkannya di mulut sambil melihat Arasy dan menantikan perintah Allah."
Tanya Abu Hurairah: "Wahai Rasulullah, apakah yg dikatakan sangkakala itu?" Jawab Rasulullah: "Sangkakala itu bentuknya seperti tanduk dari cahaya dan besarnya, demi Allah yang mengutuskan aku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi."
Apabila telah sampai hari kiamat, maka sangkakala itu akan ditiup sebanyak tiga kali dengan cara berasingan. Kali pertama ditiup untuk menakutkan, kali kedua ditiup untuk mematikan segala makhluk yang berada di muka bumi dan kali ketiga ditiup untuk membangkitkan.
Setelah ditiup sangkakala untuk mematikan segala makhluk, maka matilah semua makhluk Allah S.W.T kecuali malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arasy. Kemudian Allah S.W.T memerintahkan Izrail mencabut roh smua malaikat-malaikat-Nya. Maka malaikatul maut pun menjalankan tugasnya dan hanya tinggal Allah S.W.T dan dirinya.
Lalu Allah bertanya pada malaikatul maut: "Hai malaikatul maut, siapa yang masih tinggal?" Jawabnya: "Engkau, ya Allah zat yang hidup dan tidak mati, tinggal aku saja hambamu yang lemah"
Maka firman Allah S.W.T: "Hai malaikatul maut, tidakkah kamu dengar firmanku! Kullu nafsin dza'iqatul maut, tidakkah kau tahu setiap yang hidup mesti merasakan mati!" Firman Allah S.W.T lagi: "Aku jadikan kau untuk tugasmu itu dan kau juga harus mati."
Dalam riwayat lain pula dikisahkan iaitu apabila Allah S.W.T telah perintahkan Izrail mencabut rohnya sendiri, maka pergilah dia ke tempat yakni antara syurga dan neraka, lalu dia mencabut rohnya sendiri. Apabila rohnya dicabut, maka menjeritlah dia yang mana diterangkan, andai kata waktu itu masih ada makhluk Allah S.W.T yang hidup, nescaya akan mati semuanya disebabkan jeritan yang paling dahsyat itu.
Lalu bekata malaikatul maut: "Kalaulah aku tahu kesakitan begini di waktu mencabut roh, sudah tentu aku akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali."
Setelah semua makhluk mati, Allah S.W.T lalu berfirman kepada bumi yang rendah ini, "Di manakah raja-raja dan anak-anak raja? Dimanakah raksasa-raksasa dan anak-anaknya yang makan rezeki Aku tapi menyembah selain Aku?" Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi, "Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?" Pertanyaan ini tak ada yang menjawab melainkan Allah S.W.T sendiri yang menjawab, "Hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu"
Kemudian Allah S.W.T menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki. Maka turunlah hujan dengan airnya seakan air mani lelaki selama 40 hari sehingga naik segala sesuatu setinggi 12 hasta. Maka Allah S.W.T mengeluarkan makhluknya bagai sayur-sayuran sehingga sempurna ke rangka badannya sebagaimana asalnya.
Kemudian Allah S.W.T menyeru: "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatul Arasy." Maka hiduplah kedua mereka. Kemudian Allah S.W.T memanggil kesemua roh dan diletakkan dalam sangkakala. Lalu Allah S.W.T menyuruh Israfil meniup sangkakala.
Apabila Israfil meniup saja sangkakala itu, maka berterbanganlah roh-roh keluar bagaikan lebah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu roh masuk ke jasad melalui hidung. Maka bumi mengeluarkan mereka. Orang pertama yang akan keluar dari bumi ialah Rasullullah S.A.W.
Dalam hadis diterangkan bahawa, sesungguhnya apabila Allah S.W.T menghidupkan Jibrail dan Mikail, maka pergilah kedua-duanya ke kubur Rasullullah S.A.W sambil membawa Buraq (haiwan yang ditunggangi Rasullullah S.A.W ketika Isra' dan Mikraj) dan perhiasan-perhiasan dari syurga.
Apabila sampai sahaja mereka di kubur Rasullullah S.A.W, terbukalah kubur baginda. Apabila Rasullullah S.A.W melihat Jibrail, baginda pun bertanya: "Hari apakah ini?" jawab Jibrail, "Inilah hari kiamat iaitu hari yang sangat menggentarkan." Kemudian Rasullullah bertanya lagi: "Wahai Jibrail, bagaimanakah hanya umatku?" Berkata Jibrail: "Terimalah khabar gembira kerana kamu adalah orang pertama keluar dari perut bumi".
Dalam hadis diterangkan bahawa semua manusia keluar dari perut bumi, keadaan mereka adalah telanjang tanpa berpakaian dan mereka berjalan menuju kepada tuhan mereka. Kemudian mereka berhenti di satu tempat selama 70 tahun. Allah S.W.T membiarkan mereka dan tidak melihat keadaan mereka. Maka menangislah mereka sehingga habis air mata dan keluarlah darah disertai dengan peluh yang melimpah hingga menjadi banjir sampai ke mulut.
(Kredit kepada pge46 dari kripkornstudios.com.my)
p/s: walaupun ni cerita tentang malaikat Izrail, tapi zis suka yang pengakhiran cerita ni iaitu di mana Rasullullah S.A.W dibangkitkan, Baginda masih lagi bertanya tentang umatnya. Padahal Baginda tak kenal pun kita ni. Bertapa kasihnya Baginda terhadap umatnya. Kita ni saje yang jahat selalu persendakan sunnah baginda..
0 comments:
Post a Comment