.:: Main Menu ::.

Monday, February 14, 2011

Jibrail A.S, Kerbau, Kelawar, dan Cacing

Assalammualaikum wbt..

Suatu hari Allah S.W.T memerintahkan malaikat Jibril A.S untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia gembira telah diciptakan Allah S.W.T sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril A.S mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu gembira telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kerbau".



Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril A.S mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "Hai kelawar apakah kamu gembira telah dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai seekor kelelawar".

"Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril A.S segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril A.S bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah S.W.T sebagai seekor cacing".

Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

(Sumber Asal: http://pencacai-semalaysia.blogspot.com/2011/01/jibril-as-kerbau-kelawar-dan-cacing_10.html )
(Kredit kepada nije dari kampungfm.com)

0 comments:

Post a Comment

.:: Post Rating ::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...