.:: Main Menu ::.

Sunday, February 6, 2011

Detik-detik Rasullullah S.A.W menghadapi sakaratul maut

Assalammualaikum wbt..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah S.W.T melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasullullah S.A.W dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullullah S.A.W yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.



Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasullullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasullullah S.A.W yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasullullah S.A.W masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasullullah S.A.W sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya
masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasullullah S.A.W menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakatul maut," kata Rasullullah S.A.W, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasullullah S.A.W menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah S.W.T dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasullulllah S.A.W dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasullullah S.A.W lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasullullah S.A.W ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasullullah S.A.W bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasullullah S.A.W mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasullullah S.A.W pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasullullah S.A.W memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasullullah S.A.W mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasullullah S.A.W yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasullullah S.A.W kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya, seperti Allah S.W.T dan Rasul-Nya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

p/s: zis dah banyak kali dengar cerita ni dan setiap kali itu juga lah zis menangis baca cerita ni. Sungguh mulia penghulu dunia ini. Jika diberi kesempatan untuk pergi ke masa silam, zis 100% yakin zis nak ke zaman Rasullullah S.A.W. zis nak jadi "baju besi" Rasullullah S.A.W. Berperang di hadapan dan belakang Rasullullah S.A.W supaya tak ada satu calar pun di tubuh badan kekasih Allah S.W.T ini.

"TIADA TUHAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH"

(Kredit kepada farah_iman dari iluvislam.com )

2 comments:

Muhammad Zulhusmi said...

salam.
blog yg amat bagus. tahniah, akan usaha menyampaikan ilmu.

cuma, ada sedikit teguran yg aku rasa perlu disampaikn.

mengenai periwayatan hadis atau perekod hadis.

kita tau hadis ini ada pelbagai jenis, ada yg lemah, ada yg palsu, ada yang sahih, ada yg terlampau sahih. tu semua jenis hadis.

dalam menyampaikn hadis, agak kurang sopan tidak disertakan perekodnya. Sebab, mereka telah bersusah payah untuk menjaga keaslian hadis itu sendiri.

bukannya apa, cuma nak elak sebarang hadis palsu diuar-uarkan sedangkan yg sahih dari tingkah laku/kata-kata nabi SAW dan para sahabat sendiri pula dibiarkan.

so, harap, owner blog perbaiki masalah ini. bagi aku, ianya SANGAT2 tidak wajar dgn tidak sertakan perekod hadis.

sekurang-kurangnya, kalau disertakan perekod hadis, pembaca akan lebih yakin dgn apa disampaikan.

jika terasa hati, minta maaf byk.
wasalam

.:: zis ::. said...

Salam Muhammad Zulhusni,

Terima kasih di atas teguran tersebut. zis sangat-sangat menghargainya.

zis telah cuba untuk mencari sumber asal tapi gagal. Namun, zis telah kreditkan artikel ini daripada sumber yang lain.

Jadi, harapnya masalah ini telah selesai. Jika masih sangat-sangat tidak wajar lagi, jangan segan untuk memberi teguran lagi dan zis akan delete artikel ini jika perlu.

Terima kasih sekali lagi. Diharap akan ada lagi teguran-teguran di masa akan datang supaya zis boleh perbaiki kelemahan zis lagi.

p/s: takut juga kalau zis menyebarkan ajaran sesat pula..

Post a Comment

.:: Post Rating ::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...