.:: Main Menu ::.

Tuesday, February 15, 2011

Kisah Nabi Musa A.S

Nabi Musa A.S adalah seorang bayi yang dilahirkan di kalangan Bani Isra'il yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Fir'aun yang bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa A.S bin Imron bin Qahat bin Lawi bin Ya'qub adalah beribukan Yukabad. Setelah meningkat dewasa Nabi Musa A.S telah beristerikan dengan puteri Nabi Syu'aib A.S iaitu Shafura. Dalam perjalanan hidup Nabi Musa A.S untuk menegakkan Islam dalam penyebaran risalah yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T kepadanya ia telah diketemukan beberapa orang Nabi di antaranya ialah bapa mertuanya Nabi Syu'aib A.S, Nabi Harun A.S dan Nabi Khidhir A.S. Dalam bak ini juga ada diceritakan tentang perlibatan beberapa orang Nabi yang lain di antaranya Nabi Somu'il A.S serta Nabi Daud A.S.



Catatan :~ Para ahli tafsir berselisih pendapat tentang Syu'aib, mentua Nabi Musa A.S. Sebahagian besar berpendapat bahawa ia adalah Nabi Syu'aib A.S. yang diutuskan sebagai Rasul kepada kaum Madyan, sedang yang lain berpendapat bahawa ia adalah orang lain iaitu yang dianggap adalah satu kebetulan namanya Syu'aib juga. Wallahu A'lam bisshawab.

Beberapa Kisah Kehidupan Nabi Musa A.S

1. Kelahiran Musa dan pengasuhnya
2. Musa keluar dari Mesir
3. Musa bertemu jodoh di kota Madyan
4. Nabi Musa A.S. pulang ke Mesir dan menerima wahyu
5. Musa diperintahkan berdakwah kepada Fir'aun
6. Mujadalah (dialog) antara Musa dengan Fir'aun
7. Musa mempertunjukkan dua mukjizat kepada Fir'aun
8. Fir'aun tetap berkelas kepala dan semakin bingung
9. Fir'aun menghina dan mengejek Musa
10. Bani Isra'il keluar dari Mesir
11. Nabi Musa A.S. dan Bani Isra'il setelah keluar dari Mesir
12. Musa bermunajat dengan Allah S.W.T
13. Bani Isra'il kembali menyembah patung anak lembu
14. Bani Isra'il mengembara tidak berketentuan tempat tinggalnya
15. Kisah sapi Bani Isra'il
16. Nabi Musa A.S dan Al-Khidir
17. Nabi Musa A.S dan Qarun si kaya raya
18. Thalout diangkat sebagai raja Bani Isra'il
19. Raja Thalout
20. Beberapa Catatan tambahan

(Sumber Asal: http://rasulullahsaw.atwiki.com/page/NABI%20MUSA%20A.S. )

0 comments:

Post a Comment

.:: Post Rating ::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...