Nabi Yusuf A.S adalah putera ke tujuh daripada dua belas putera-puteri Nabi Ya'qub A.S. Ia dengan adiknya yang bernama Benyamin adalah beribukan Rahil, saudara sepupu Nabi Ya'qub A.S. Ia dikurniakan Allah S.W.T rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh yang tegap yang menjadikan idaman setiap wanita dan kenangan gadis-gadis remaja. Ia adalah anak yang dimanjakan oleh ayahnya, lebih disayang dan dicintai dibandingkan dengan saudara-saudaranya yang lain, terutamanya setelah ditinggalkan iaitu wafatnya ibu kandungnya Rahil semasa ia masih berusia dua belas tahun.
Perlakuan yang diskriminatif dari Nabi Ya'qub A.S terhadap anak-anaknya telah menimbulkan rasa iri-hati dan dengki di antara saudara-saudara Yusuf yang lain, yang merasakan bahawa mereka dianak-tirikan oleh ayahnya yang tidak adil sesama anak, memanjakan Yusuf lebih daripada yang lain. Rasa jengkel mereka terhadap ayahnya dan iri-hati terhadap Yusuf membangkitkan rasa setia kawan antara saudara-saudara Yusuf, persatuan dan rasa persaudaraan yang akrab di antara mereka.
Beberapa Kisah Kehidupan Nabi Yusuf
1· Saudara-saudara Yusuf Mengadakan Pertemuan Rahsia
2· Nabi Yusuf A.S Bermimpi
3· Yusuf Dimasukkan ke dalam Perigi
4· Yusuf dijual-beli sebagai hamba sahaya
5· Yusuf dalam godaan nyonya Futhifar
6· Yusuf dalam penjara
7· Yusuf dibebaskan dari penjara
8· Yusuf diangkat sebagai wakil raja Mesir
9· Pertemuan Yusuf dengan saudara-saudaranya
10· Yusuf menahan Benyamin sebagai tahanan
10· Yusuf menahan Benyamin sebagai tahanan
11· Pertemuan kembali keluarga Ya'qub
12· Beberapa ibrah dari kisah Nabi Yusuf A.S.
(Sumber Asal: http://rasulullahsaw.atwiki.com/page/NABI%20YUSUF%20A.S. )
(Sumber Asal: http://rasulullahsaw.atwiki.com/page/NABI%20YUSUF%20A.S. )
0 comments:
Post a Comment