Dzulkifli atau Zulkifli adalah salah satu Nabi dalam ajaran Islam yang diutus kepada kaum Rom. Beliau diutus untuk mengajarkan Tauhid kepada kaumnya yang menyembah berhala supaya menyembah Tuhan Yang Maha Esa, taat beribadah, dan membayar zakat. Beliau meninggal ketika berusia 95 tahun.
Beberapa umat muslim masih mempertanyakan statusnya sebagai Nabi. Tetapi ada juga sejumlah umat muslim yang percaya bahawa ia adalah orang beriman dan penyabar yang disebutkan dalam Al-Qur'an namun bukan seorang Nabi.

Riwayat Hidup
Riwayat Dzulkifli sedikit sekali disebutkan dalam Al-Qur'an. Menurut Mufassirin, nama aslinya ialah Basyar. Ia adalah putera Nabi Ayyub A.S yang terselamat dari keruntuhan rumah Nabi Ayyub A.S yang menewaskan semua anak-anak Nabi Ayyub A.S. Dzulkifli adalah orang yang taat beribadah. Ia melakukan sembahyang seratus kali dalam sehari.
Menjadi Raja
Suatu ketika, raja di negeri Rom saat itu, Nabi Ilyasa A.S sudah semakin tua. Kerana tak memiliki calon pengganti, raja mengadakan sayembara kepada kaum Rom, bahawa siapapun yang berpuasa di siang hari, beribadah di malam hari, dan tidak melakukan marah, ia akan diangkat menjadi raja.
Hal ini terdapat dalam riwayat Ibn Jarir:
Nabi Dzulkifli
Apabila Al-Yasa A.S (Nabi Ilyasa A.S) meningkat tua, dan ingin memberikan tugas untuk memimpin bangsa Israel kepada yang sesuai. Baginda mengumumkan: "Hanya orang tersebut akan dipertimbangkan untuk menggantikan baginda dan yang berpuasa pada siang hari, mengingati Allah pada malam hari dan menahan diri daripada sifat marah."
Salah seorang daripada mereka (Basyar) berdiri dan berkata: "Aku akan patuh kepada syarat-syarat tersebut." Baginda mengulangi syarat-syarat itu semula sebanyak tiga kali dan lelaki yang sama berjanji dengan bersungguh-sungguh akan memenuhi syarat-syarat tersebut. Maka dia dilantik untuk membawa tugas tersebut.
Nabi Dzulkifli A.S
Dari kutipan riwayat di atas, Basyar menyanggupi semua persyaratan yang diberikan raja kepadanya. Ia pun dinobatkan menjadi raja. Pada masa pemimpinannya, ia berjanji kepada rakyatnya untuk menjadi hakim adil dalam menyelesaikan perkara. Kerana keadilan beliau, maka ia disebut sebagai Dzulkifli pada masa itu.
Gangguan Syaitan
Allah S.W.T mengangkatnya sebagai Nabi dan Rasul. Setelah beberapa lama menjadi raja, beliau memenuhi segala janjinya, sehingga Allah S.W.T memberinya ujian dengan syaitan yang berkeinginan untuk menggoyahkan imannya.
Suatu ketika, syaitan menjelma sebagai musafir lelaki tua. Keinginannya adalah membuat marah kepada Dzulkifli. Ia memaksa penjaga untuk dapat masuk istana dan menemui Dzulkifli pada larut malam. Lelaki tua itu diizinkan masuk oleh penjaga istana. Dalam pertemuan tersebut, syaitan mengadu kepada Dzulkifli tentang kekejaman orang lain terhadap dirinya. Namun Dzulkifli menyuruhnya untuk datang keesokkan malam ketika kedua belah pihak sudah merasa siap untuk bertemu. Namun musafir tersebut mengingkarinya dan malah datang pada pagi hari.
Keesokan harinya, musafir tersebut datang dan mengadu seperti pada malam sebelumnya. Maka Dzulkifli menyuruhnya untuk datang pada malam hari saja. Lelaki itu berjanji dengan bersungguh-sungguh pada Dzulkifli untuk datang pada malam hari. Namun ia mengingkarinya.
Pada hari yang ketiga, musafir itu datang lagi. Pada kali ini, tidak ada tanggapan dari Dzulkifli. Maka syaitan itu tersebut menyelinap menembus pintu dan menunjukkan dirinya kepada Dzulkifli. Dzulkifli sangat terkejut melihat jelmaan syaitan tersebut. Lalu dia pun mengetahui bahawa musafir itu adalah syaitan yang cuba membuatnya marah namun syaitan itu gagal. Kerana keberhasilan Dzulkifli menahan amarah, maka Allah S.W.T mengangkatnya sebagai seorang Nabi.
Kaum Rom
Nabi Dzulkifli A.S diutus oleh Allah S.W.T kepada kaum Rom agar selalu mengingat satu Tuhan dan tidak menyembah berhala.
Suatu ketika terjadi pemberontakan di negerinya oleh orang-orang yang durhaka kepada Allah S.W.T. Dzulkifli menyeru pada rakyatnya agar berperang, namun mereka semua takut mati sehingga tak seorang pun yang mahu berperang. Mereka pun meminta Dzulkifli untuk berdoa kepada Allah S.W.T agar mereka semua tidak mati dan menang dalam perang. Dzulkifli pun berdoa kepada Allah S.W.T dan Allah S.W.T pun mengabulkan doanya.
Referensi Al-Qur'an
Zulkifli disebutkan dalam ayat Al-Qur'an Surat Al Anbiyaa' dan Surat Shaad:
Nabi Dzulkifli dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh (Surat Al Anbiyaa': 85-86)
Nabi Dzulkifli A.S
Nabi Dzulkifli dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik (Surat Shaad: 48)
Nabi Dzulkifli A.S
Dalam kedua masalah tersebut, Dzulkifli yang disebut sebagai Nabi dalam Al-Qur'an tersebut dapat juga merupakan orang lain yang tidak disebut dalam ayat tersebut.
Pendapat dan Kontroversi tentang Zulkifli
* Sebagian muslim sependapat dengan pandangan Muhammad ibn Jarir al-Tabari, mengangap Dzulkifli adalah orang baik dan sabar yang selalu menolong kaumnya dan membela kebenaran, namun bukan seorang Nabi. Sebagian lainnya percaya bahawa dia seorang Nabi.
* Maulana Abul Kalam Azad menyatakan bahawa Dzulkifli adalah Siddhartha Gautama. Kerana kata dzu pada namanya bererti orang atau pemilik sedangkan kata kifl memiliki banyak maknanya. Salah satunya Kapilawastu (tempat lahir Siddharta Gautama yang sekarang bernama Nepal). Namun ia tak dapat menjelaskan lebih lanjut alasannya.
* Menurut Baidawi, Dzulkifli seperti dengan Nabi Yahudi bernama Yehezkiel yang dibawa ke Babilonia setelah kehancuran Yerussalem. Baginda dirantai dan dipenjarakan oleh Raja Nebukadnezzar. Baginda menghadapi segala kesusahan dengan sabar dan mencela perbuatan mungkar Bani Israil.
* Menurut versi lain nama aslinya Waidiah bin Adrin. Beliau adalah Nabi bagi penduduk Suriah dan sekitarnya. Beliau membangun kota Kifl di Iraq.
* Ada dua tempat yang diyakini sebagai makam Dzulkifli. Pertama di Kifl, Iraq dekat Najaf dan Al-Hillah dan yang kedua di Nawa, Suriah.
(Sumber Asal: http://rasulullahsaw.atwiki.com/page/NABI%20DZULKIFLI%20A.S )

0 comments:
Post a Comment