.:: Main Menu ::.

Thursday, March 10, 2011

Kain kafan daripada Rasullullah S.A.W

Assalammualaikum wbt..

Seorang wanita datang kepada Rasullullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasullullah S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasullullah S.A.W. Dengan senang hati Rasullullah S.A.W menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Rasullullah S.A.W keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Rasullullah S.A.W, lau berkata, "Wahai Rasullullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.

"Baiklah," jawab Rasullullah S.A.W ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis, Rasullullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. "Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasullullah S.A.W. Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Rasullullah S.A.W kerana itu dipakainya, tetapi Rasullullah S.A.W tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasullullah S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."

(Kredit kepada cumihani dari syok.org)

0 comments:

Post a Comment

.:: Post Rating ::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...