Diriwayatkan ketika Rasullullah S.A.W akan kembali ke Mekah untuk mengIslamkan penduduk Mekah. Rasullullah S.A.W telah memberi amaran kepada penduduk Mekah.
"Aku akan memasuki kota Makkah untuk membersihkannya serta meruntuhkan berhala-berhala yang kamu sembah dengan apa yang kamu panggil Tuhan yang diperbuat daripada batu yang bisu"
Kata Rasullullah S.A.W lagi: "Jika kamu ingin selamat, pergilah kamu bersembunyi di rumah Abu Sufiyan atau kuncilah pintu-pintu rumah kamu atau larilah bersembunyi di celah-celah bukit dana gunung ganang"
"Aku akan memasuki kota Makkah untuk membersihkannya serta meruntuhkan berhala-berhala yang kamu sembah dengan apa yang kamu panggil Tuhan yang diperbuat daripada batu yang bisu"
Kata Rasullullah S.A.W lagi: "Jika kamu ingin selamat, pergilah kamu bersembunyi di rumah Abu Sufiyan atau kuncilah pintu-pintu rumah kamu atau larilah bersembunyi di celah-celah bukit dana gunung ganang"
Bila terdengar amaran tersebut, penduduk Mekah menjadi takut dan semua bertempiaran lari bersembunyi sedangkan Rasullullah S.A.W pada masa itu tidak sedikit pun berniat untuk membunuh penduduk Mekah. Sampailah berita tersebut sampai ke telinga ayahnda Abu Bakar As-Siddiq.
Ayahnda Abu Bakar As-Siddiq, Abu Quhafah pada masa itu belum Islam lagi dan beliau meminta pembantunya membawanya ke bukit kerana ingin melihat tentera Rasullullah S.A.W walaupun beliau terlalu tua, buta dan sangat uzur. Semasa pendakian Abu hafah bertanya pembantunya apa yg dia nampak.
Pembantunya memberitahu keseluruhan kawasan di bawah bukit adalah menghitam dengan debu-debu berterbangan. Lalu Abu Quhaffah menjawab: "Itulah bala tentera Islam yang dipimpin oleh Muhammad." Lalu beliau bertanya lagi apa yang pembantunya nampak.
Pembantunya memberitahu lagi bahawa terdapat ramai pasukan-pasukan berkuda telah bercerai dari pasukan utamanya. Lalu Abu Quhafah menjawab: "Itulah tandanya pasukan pemanah sudah tiba di hadapan. Marilah kita turun ke bawah takut-takut nanti kita terkena anah panah tersebut."
Maka Abu Qhaffah dibawa pulang ke rumahnya dan mengunci pintu rapat-rapat.
Apabila Rasullullah S.A.W memasuki Mekah, tiada seorang pun berani menentang dan itu lah peperangan paling aman tanpa pertumpahan darah dan pembunuhan.
Kita bawakan pula kisah Abu Bakar As-Siddiq.
Pabila sampai di kota Mekah, perkara pertama dilakukan oleh Abu Bakar iaitu mencari ayahnya. Sampai di rumah, Abu Bakar mengetuk pintu dan memanggil ayahnya memberitahu bahawa anaknya telah datang bertemu ayahnya.
Apabila bertemu keduanya, Abu Bakar As-Siddiq memeluk erat ayahnya kerana terlalu rindu. Abu Quhafah bertanyakan Abu Bakar kenapa beliau pulang mencari dirinya. Lalu dijawab oleh Abu Bakar kerana Abu Quhafah adalah ayahnya.
Abu Quhafah berkata lagi: "Aku ini kafir sedangkan kamu adalah Islam." Maka Abu Bakar pun menjawab: "Islam adalah agamaku, tetapi ayah adalah tetap ayahku."
Lalu Abu Bakar mengajak ayahnya masuk Islam dan setelah itu, dia bertanya adakah ayahnya mahu bertemu baginda Rasullullah S.A.W. Maka ayahnya amatlah ingin bertemu Rasullullah S.A.W. Lalu Abu Bakar As-Siddiq membawa ayahndanya bertemu Rasullullah S.A.W dan memperkenalkan kepada baginda. Perkara pertama dilakukan oleh Rasullullah S.A.W ialah memeluk Abu Quhafah.
Setelah itu, Rasullullah S.A.W telah meninggikan suara kepada Abu Bakar As-Siddiq tanpa sempat Abu Bakar melanjutkan tentang berita gembira ayahnya telah masuk Islam.
"Kenapa kamu bawakan dia kepada aku?" Abu Bakar As-Sidiq kehairanan dan takut mungkin kah dia telah melakukan kesalahan.
Rasullullah S.A.W berkata lagi: "Sepatutnya aku yang pergi bertemu dan menziarahi dia, bukan dia yang datang mencari aku."
Maha suci Allah S.W.T. maka sedarlah Abu Quhafah bertapa mulianya Rasullullah S.A.W yang dahulunya amat dibenci.
Moral of the story:
1. Bertapa kuatnya tentera Islam ketika itu sehingga berterbangan debu ke langit dan bertempiran lari kaum kafir bersembunyi
2. Kewajipan menghormati ibu bapa walaupun dia bukan Islam.
3. Kewajipan menghormati orang lain tanpa mengira bangsa dan agama apatah lagi ketika dia lebih tua dan uzur.
4. Islam tidak berperang untuk membunuh walaupun bertujuan menyebar Islam. Islam hanya berperang apabila ianya diceroboh kesuciannya, dan membunuh hanya apabila dan bertujuan untuk mempertahankan diri dari dicederakan oleh pihak musuh yang ingin membununya.
(Kredit to Serai Wangi dari fazminn.net)
0 comments:
Post a Comment