.:: Main Menu ::.

Monday, January 31, 2011

Kisah Dari Mekah

Assalammualaikum wbt..

Kisah ini adalah kisah yang disampaikan oleh seseorang. Dengan erti kata lain, posting kali ni adalah berbentuk QUOTE.

"Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Sunday, January 30, 2011

Kisah Nabi Ibrahim A.S

Nabi Ibrahim A.S adalah putera Aaazar Tarih bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S .Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan." Kerajaan Babylon pada masa itu termasuk kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup sandang mahupun pandangan serta saranan-saranan yang menjadi keperluan pertumbuhan jasmani mereka. Akan tetapi, tingkatan hidup rohani mereka masih berada di tingkat jahiliyah. Mereka tidak mengenal Tuhan Pencipta mereka yang telah mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan duniawi. Penyembahan mereka adalah patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu atau terbuat dari lumpur dan tanah.

Saturday, January 29, 2011

Pengorbanan Rasullullah S.A.W

Assalammualaikum wbt..

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi dijalankan, ketika Nabi Muhamad S.A.W keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau dipukul orang, disepak terajang dan dibaling batu serta najis.

Dari celah daun pintu Fatimah R.A anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu.

Friday, January 28, 2011

Kisah Nabi Saleh A.S

Tsamud adalah nama suatu suku yang dimasukkan oleh ahli sejarah dalam bahagian dari bangsa Arab dan ada pula yang menggolongkan mereka ke dalam bangsa Yahudi. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama "Alhijir" terletak di antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk jajahan dan dikuasai suku Aad yang telah habis binasa disapu angin taufan yang di kirim oleh Allah S.W.T sebagai pembalasan atas pembangkangan dan pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud A.S.

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud. Tanah-tanah yang subur yang memberikan hasil berlimpah-ruah, binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yag indah-indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan di atas tanah yang datar dan dipahatnya dari gunung. Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram, sejahtera dan bahagia, merasa aman dari segala gangguan alamiah dan bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.

Thursday, January 27, 2011

Si Gadis Melampau Menerima Azab Allah S.W.T

Assalammualaikum wbt..

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya, walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keIslaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Nabi Hud A.S

"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab iaitu di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" yang terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh A.S serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah S.W.T tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk dijadikan sebagai bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Tuhan itu, mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar di antara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Tuesday, January 25, 2011

Baginda Menangis Di Padang Masyhar

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas R.A, bapa saudara Rasulullah S.A.W dari Rasulullah S.A.W telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan Nabi-Nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para Rasul.” Ibnu Abbas R.A berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad S.A.W. Jibril A.S akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Monday, January 24, 2011

Kisah Nabi Nuh A.S

Nabi Nuh A.S adalah Nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam A.S. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya

Nabi Nuh A.S menerima wahyu kenabian dari Allah S.W.T dalam masa "fatrah" iaitu masa kekosongan di antara dua Rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis. Demikianlah maka kaum Nabi Nuh A.S tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh A.S datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala iaitu patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri. Berhala tersebut disemba sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan. Berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka. Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka "Wadd" dan "Suwa" dan kadang kala "Yaguts" dan bila sudah bosan digantinya dengan nama "Yatuq" dan "Nasr".

Sunday, January 23, 2011

Khutbah Terakhir (Khutbah Wida') Nabi Muhammad S.A.W

Antara isi kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah S.A.W yang disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Saturday, January 22, 2011

Kisah Nabi Idris A.S

Tidak banyak yang kita boleh perolehi tentang keterangan kisah Nabi Idris A.S di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah Nabi-Nabi. Di dalam Al-Quran, hanya terdapatt dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57: "Dan ceritakanlah ( hai Muhammad kepada mereka kisah ) Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." ( Maryam : 56 - 57 )

Friday, January 21, 2011

Kelebihan Membaca Al-Quran

Assalammualaikum wbt..

Kisah ini berlaku di antara seorang Atuk tua yang tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Atuk akan bangun awal pada setiap pagi dan duduk di meja makan untuk membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan cuba untuk meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, "Atuk! Saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?" Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘"Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air."

Kisah Nabi Adam A.S

Setelah Allah S.W.T menciptakan bumi yang lengkap dengan gunung-ganang, lautan, tumbuh-tumbuhan, menciptakan langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang bergemerlapan, menciptakan para malaikat yang diciptakan untuk beribadah dan menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba-Nya terutama para Rasul dan Nabi, maka tibalah kehendak Allah S.W.T untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mendiami bumi. Makhluk inilah yang akan memelihara dan menikmati tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang serta membiak turun-temurun dan waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

.:: Post Rating ::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...