Salam Maal Hijrah
Seperti yang semua umat Islam tahu, 1 Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. 1 Muharram ini merupakan tarikh penting untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Jadi, pada kebiasaannya, kita akan membaca doa akhir tahun sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah dan membaca doa awal tahun sebanyak 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa akhir tahun ini, Syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
dan sesiapa yang membaca doa awal tahun ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Jadi jom lah kita baca doa akhir tahun dan awal tahun ni nanti ye? ^^ Semoga Tahun Baru Islam yang bakal menjelang akan membawa banyak keberkatan dan membawa lebih sinar-sinar Islam yang lebih baik untuk diri kita. InsyaAllah, amin! ^^
(Sumber asal: http://www.al-azim.com/masjid/muharram/doa.htm )

0 comments:
Post a Comment