.:: Main Menu ::.

Friday, October 19, 2012

Tempat tinggal roh

Assalammualaikum wbt..

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Thursday, October 18, 2012

Gadis bertemu ibu di neraka

Assalammualaikum wbt..

Seorang gadis datang menemui Rasullullah S.A.W dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasullullah S.A.W menegurnya, “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:
“Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini,” balas gadis tadi.

Sunday, March 4, 2012

10 Gangguan syaitan ketika solat

Assalammualaikum wbt...

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasullullah S.A.W, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasullullah  S.A.W dan mengadu, “Wahai Rasullullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasullullah  S.A.W menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib."

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah S.W.T gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
 Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Wednesday, February 22, 2012

Berkat membaca Alhamdullillah

Assalammualaikum wbt...

Pada zaman dulu, ada seorang raja yang suka memburu. Adakala pula menteri dia yang seorang ini suka sangat menyebut alhamdullillah. Sesudah makan alhamdullillah, bangun tidur alhamdullillah, selepas cukur kepala pun alhamdullillah.

Maka raja ini pun bertanyalah pada menteri tersebut: "Kenapa kamu suka menyebut alhamdullillah? Tidak ada ayat lain ke nak baca?" Berkatalah menteri tu: "Alhamdullillah, semoga kita dapat rahmat darinya." Maka raja pun buat tidak tahu sahaja seraya berlalu untuk beradu.

Tuesday, February 21, 2012

Berkat membaca Bismillah

Assalammualaikum wbt..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Sunday, February 19, 2012

Peristiwa Abu Hanifah berdebat dengan yahudi

Assalammualaikum wbt..

Peristiwa Imam Abu Hanifah berhujah dengan Dahri, seorang yahudi yang mahu menyesatkan umat Islam di zamannya. Ringkasan peristiwa tersebut:

Dahri: "Benarkah Allah itu wujud?"

Imam Abu Hanifah: "Bahkan Allah memang wujud"

Dahri: "Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya?"

Saturday, February 18, 2012

Hadiah terbaik dan terburuk

Assalammualaikum wbt...

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. 

Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” 

Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu. 

Friday, February 17, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Assalammualaikum wbt..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan"



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Thursday, February 16, 2012

Antara tokoh-tokoh didikan Rasullullah S.A.W

Assalammualaikum wbt..

Kehebatan Rasullullah S.A.W bermula daripada sebuah cita-cita yang mulia dalam dirinya. Selama 23 tahun, untuk mengejar cita-cita yang mulia Baginda tidak keseorangan. Baginda melatih dan mendidik individu-individu yang ditemui sampailah mereka menjadi hebat dalam setiap lapangan.

-NEGARAWAN = Abu Bakar AS, Umar Al Khataab, dll
-HARTAWAN = S. Usman Bin Affan, Talhah Ubaidillah, dll
-P.PERANG = S. Hamzah RA, Khalid Ibn Walid, Saad bin Abi Waqqash, dll
-JURUDAKWAH = Mus"ab Bin Umair dll
-AKADEMIK = Abu Hurairah, Siti Aisyah dll
-SENI PEPERAGAN = Huzaifah al Yamani dll.
-PAKAR HUKUM = Saidina Ali, dll.
-ULAMA BESAR = Ibnu Abbas, Ibnu MAs;ud, Muaz Bin Jabal, dll.
-PENYIMPAN RAHSIA = Huzaifah Al Yamani.
-PENULIS = Zaid Bin Tsabit Dll.


.:: Post Rating ::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...